Saturday, January 8, 2011

Ibu,

 saya rindu mereka yang berada di dalam gambar ini. ok angah tak berapa nak rindu. haha. lagi rindu ibu dengan Rafiqi :P



saya ada ibu. ibu saya ialah perempuan paling cantik dimata saya. tak kira lah apa pun yang ibu pakai. baju kelawar? baju t shirt lusuh? pakai tudung senget2? ibu tetap lawa dimata saya. awak tau apa paling comel pasal ibu saya?



tiap kali nak pegi kenduri kawin ke, keluar kee,

ibu : nana ok tak tudung ibu?
aku : ok kot. ok jelaaa.
ibu : betul ke ok? kee kena pakai tudung lain?
aku : ye ok dah tu..
ibu : nanti kakak marah. kata ibu suka pakai tudung senget2 tk pakai tudung ikut warna baju -__-
aku : hahahahahahahaha.

adoi la. lawok. oh sebab nnt kakak mmg suka beleter pun bila ibu pakai tudung suka2 hati. oh jangan nak mengata orang za. awak tu pn suka beleter bila ibu pakai camtu. heee :P






2009 :

situasi, di dapur.

ibu : milo ni cepat habis. minum milo sehari sekali dua dahla. pagi sebelum pegi sekolah sekali. ini sampai 24 jam milo je.
aku : alaa bia laa. nana suka.
ibu : lepasni habis, ibu tanak beli dah *nada ugut*
aku : okay ibu tak beli milo tanak pegi sekolah *ugut balik :P*
ibu : -_______-' (malas nak cakap apa2)





2010:

tingtangtingtang bukan alexander! *bunyi tepon Azza TiUt*

aku : helo? ibu haa ibu kat mana?
ibu : kat rumah laa. td p kenduri rumah pak andak.
aku : ey kenduri? kenduri apa?
ibu : Tina, betunang..(serius)
aku : Hah? bukan mggu lepas ke dia betunang?
ibu : haah. tunang kali ke-2...(serius lagi)
aku : hah? (dalam hati aku dah, okay apa jd ni tunang dua kali ni apa cita ni duii)
ibu : hihi. takdelah. kenduri cukur jambul anak Apat la.
aku : eeeeeeeee ibu ni main2 laaaaa! -__-''







2011 :

tenenenenetingtingting *bunyi tepong Azza comel*

aku : helo? (suara bajet cool padahal baru bangun tidur zzzzzzzzzzzzz)
ibu : hah? berapa MUET?
aku : cukup makan jeeeeeeee. band 3. haih
ibu : band 3 je?! apasal sikit sgt??
aku : ...(diam)
ibu : eh MUET ada berapa band?
aku : -_______________-''''''' ibu nii. 6 jelah.
ibu : oh band 3 tu tgh2 la eh?
aku : haahh lee -___-''






ibu suka bekap saya apa pun jadi. gaduh dgn kakak mesti ayat ibu,

'Dah tau Nana/Adik tu camtuuu. pegi kacau2 bt apa?'


kakak cepat dengki. haha. tapi ada la jugak ibu bekap kakak kalau da terang jelas salah aku. ewah2. nak itu nak ini. lepastu buat muka muncung tujuhbelasribu bila tak dapat. nnt lama2 dapat. hehe. teruk kan perangai. bila demam mula la mengada ngada. sebab tu bila demam dekat Matrik ni, aku mula la cengeng gila. nak balik je rasa. kat rumah ada ibu jaga. suruh makan ubat. buat bubur. tak kasi makan itu makan ini. sedih tau bila sakit kat sini, mengadu kat ibu pun guna talipong je T__T


lepastu bila result aku si pemalas ni teruk, ibu akan cakap, 'ok la tu.. usaha lagii.. tula byk main.. jgn fikir bnda lain dah. belajar je.. boleh lg tuu'. ibu langsung tak marah.  suara ibu cool sgt. dan kala itu mula la aku rasa berdosa gilaaa sebab suka buat ibu sedih. pfffffffffffffffttt. bila tah nak senangkan hati ibu. haih.


kenapa tiba2 nak buat entri pasal ibu ni? sebab rindu ibu sangatsangatsangat. aku ni nampak je kayu. tapi saya manja tau dengan ibu. anak last. ye tak payah semua nak dengki. ok bai.