Wednesday, January 19, 2011

Bertih jagung hari rabu

sepatutnya harini aku dah janji keluar berfoya foya dengan Nana. tapi malam semalam aku ada 1 pilihan, dengan duit RM7 dalam wallet, dan syiling yang aku anggarkan RM5, kau rasa apa pilihan aku ada? bapak aku bukan kerja kilang duit, atau perompak mesin atm, yang bila dicucuk, keluar je duit.












jahat ke aku? kadang-kadang aku rasa aku anak paling menyusahkan. paling banyak mintak itu ini. dahla pemalas. langsung tak rupa anak dara. aku cuma reti cuci pinggan. sahaja. kemas rumah? tidur lagi hebat. kalau kau ajak lumba siapa berdengkur kuat, sah sah engkau. aku kuat dari segi mata bertahan untuk pejam. gara-gara ingin menghabiskan separuh hari, tanpa perlu berfikir, nak buat apa ni perempuan?




kejap lagi ibu ratu hatiku pulang, dengan harapan bawa sesuatu untuk isi perut. haha *gelak lapar
















patut lah sampai sekarang kau takde teman lelaki. kesian.