Sunday, January 16, 2011

Assabiyah

anda boleh menjatuhkan seseorang dengan segala keburukan dia, dengan memberitahu, secara halus apa buruknya dia. dalam masa dua saat kemudiannya, katakan sesuatu yang boleh membangkitkan dia semula, dengan dua belah kaki sendiri.






kau pernah dengar frasa atas?



















oh tahniah lah kalau pernah.




sebab aku sendiri baru mendengar kata-kata ini dalam masa sebulan lalu. puan pensyarah ilmu hisab aku. atau secara moden nya, pensyarah Math. atau lebih moden, pensyarah subjek kira kira yang aku tak pernah tahu apa tujuan dan bagaimana seseorang itu boleh hebat ilmu matematika ini. heh.













pada mulanya aku punya perspektif adalah,







kau salah jadi kau layak untuk semua cacian mahupun hinaan. err maksud aku disini, setelah sekian lamanya individu itu bersabar. ya, bersabar. apa kau rasa semua juga wali tuhan yang tinggi rasa sabarnya? tidak. langsung tidak. kalaupun tinggi rasa sabarnya, mungkin lebih kepada sayang ibu kepada anaknya. walau anaknya kadang boleh disamatarafkan dengan manusia yang dibayangi setan. heh. lagi. okay tiada rasa untuk melepaskan rasa kesabaran itu disini.








jadi bila pertama kali, atau mungkin untuk lebih 'Sweet' lagi, first sight atau pandangan pertama, okay pergi mati. ya, aku dengar frasa dia atas, secara tiada paksaan, aku setuju. sebab everyone deserve second chance. ahh, mungkin tapi bergantung pada apa yang perlu di berikan 'peluang kedua' itu. kan.









kalau kau maki dia, kau hina dia, macam tiada matahari lagi untuk dia, macam kubur sahaja jalan penyelesaiannya, itu bukan tegur. itu bukan niat baik. itu lebih kepada silent killer. lama lama mungkin dia telan panadol 293875 biji bersama air coke, seteguk, dan mati, tanpa membetulkan salah dia. dan kau jadi si pembunuh secara tidak rasmi. bukan?




*tolak kaca mata ke atas











jadi, kemudian, lalu, selepas itu, pada pandangan yang lain, pada sudut yang lain, you shoot, then you cure it. bukannya, you shoot then you stab, then you add some vinegar on it. got it? heh. dan lagi.













semua berhak untuk jatuh, dan bangun semula. jatuh dengan bermaruah, bangun dengan manusia yang 'baru'. tak payah cuba belagak kau paling sempurna dan siapa buat kesilapan itu, tiada kemaafan. apa kau ingat kau pesuruh tuhan, yang tiada celanya? heh. lagi dan lagi dan lagi.
















3.10 pagi. celaka! esok aku ada sidang ilmu hisab dan bahan tindak balas di tempat makan urban bersama Hilmi the pondans, dan Yams the gossip. cuti cuti pun dihidangkan kerja ilmu hisab. aku memang suka. pun.